SENARAI NAMA PENGETUA YANG PERNAH BERKHIDMAT DI SMK DPHA GAPOR
1. Encik Abdul Rahman Hj. Sahari (1974-1977)
2. Encik Johari bin Ali (1977)
3. Encik Zamhari bin. Mustapha (1978-1981)
4. Encik Abdul Rani bin. Ojek (1982-1985)
5. Puan Fatimah bt. Matair (1985-1987)
6. Encik Ricky Ho (1987-1989)
7. Puan Sadiah Bujang (1989-1992)
8. Maimunah bt Bujang (1992 – Memangku sebagai Pengetua selama 6 bulan)
9. Encik Mohd. Zain Ismail (1993-1994)
10. Encik Bedui b. Une (1996 - 2003)
11. Puan Hasanah binti Haji Junaidi (2004 hingga sekarang)
Monday, June 1, 2009
Visi Dan Misi Sekolah
VISI
Menjadikan SMK DPHA Gapor sebuah institusi pendidikan yang unggul dan gemilang pada tahun 2010
MISI
Memastikan pendidikan terbaik dititip secara sistematik dengan penuh komitmen dan rasa tanggungjawab.
MATLAMAT SEKOLAH
Menjadi Sekolah Harapan Negara pada tahun 2008
STRATEGI PELAKSANAAN
Pelaksanaan melalui tiga jalinan sistem iaitu :-
1) KBSM
Sistem Akademik Gapor (Sistem Kurikulum Fleksi)
2) PENGURUSAN DISIPLIN PELAJAR
Sistem Merit dan Demerit
3) KOKURIKULUM MENYELURUH DAN BERSEPADU
Berdasarkan Konsep Falsafah Pendidikan Negara

Lagu Sekolah
LAGU SEKOLAH
TAJUK : USAHA DAN YAKIN
Kepada Pemuda Pemudi SEMESTA
Serikandi Juga Perwira
Bersamalah Kita Bekerja Berusaha
Menuju Cita Mulia
Bangkitlah Segera, Mara Ke Hadapan
Mencari Ilmu Pengetahuan
Demi Amanat Pertiwi Sejati
Tanah Air Yang Dikasihi
Chorous:
Ayuhlah Dan Majulah
Kita Sama Bergandingan
Usahlah Dirisau Segala Rintangan
Menuju Medan Jaya
Teguhkan keazaman
Semangat waja binakan
Dengan doa restu harapan yang suci
Tuhankan memberkati
(Ulang dua kali)
TAJUK : USAHA DAN YAKIN
Kepada Pemuda Pemudi SEMESTA
Serikandi Juga Perwira
Bersamalah Kita Bekerja Berusaha
Menuju Cita Mulia
Bangkitlah Segera, Mara Ke Hadapan
Mencari Ilmu Pengetahuan
Demi Amanat Pertiwi Sejati
Tanah Air Yang Dikasihi
Chorous:
Ayuhlah Dan Majulah
Kita Sama Bergandingan
Usahlah Dirisau Segala Rintangan
Menuju Medan Jaya
Teguhkan keazaman
Semangat waja binakan
Dengan doa restu harapan yang suci
Tuhankan memberkati
(Ulang dua kali)
Cogan kata Sekolah
COGAN KATA
BM : Berjaya Maju atau Bahasa Malaysia
MOTO SEKOLAH : MUDAH, LOGIK, PRAKTIKAL
MOTO SEKOLAH
Moto baru sekolah iaitu Mudah, Logik, Praktikal telah dipinda oleh Pengetua ke-10 sekolah iaitu Cikgu Bedui bin Une pada tahun 1999. Moto asal sekolah ialah “Ke Arah Kecemerlangan” yang dicipta oleh pengetua pertama iaitu Encik Abdul Rahman bin Sahari pada tahun 1974.

Logo dan Moto Sekolah
LOGO SEKOLAH DAN PENGERTIAN
Logo sekolah telah dicipta oleh Pengetua pertama sekolah ini iaitu Encik Abdul Rahman Haji Sahari pada tahun 1974.
Moto Mudah Logik Praktikal telah dipinda oleh Encik Bedui bin Une pada tahun 1999.
Warna-warna yang terdapat dalam lencana sekolah Putih, Kuning, Hijau dan Kuning.
PENGERTIAN WARNA PUTIH, KUNING, HIJAU, MERAH
Putih : Disiplin dan Amanah
Kuning : Taat
Hijau : Maju
Merah : Berani dan Tahan Dugaan
Simbol Obor : Ilmu Sebagai Pelita Hidup
Burung Kenyalang : Simbol Negeri Sarawak

Sejarah Sekolah
SEJARAH PEMBUKAAN SMK DPHA GAPOR KUCHING
Sekolah Menengah Kerajaan Datuk Patinggi Haji Abdul Gapor, Stampin di Jalan Stampin ditubuhkan oleh Jabatan Pelajaran Sarawak dan dinamakan sebagai Sekolah Menengah Kerajaan Bahasa Malaysia, Kuching pada tahun 1974. SMK DPHA Gapor terletak kira-kira 3 km dari Ibu Pejabat Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak, 4 km dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching dan 8 km dari Bandaraya Kuching. Ia bertapak di sekitar tanah yang beralun dan tanah rendah seluas 12.15 hektar.
Pada peringkat awal, S.M.K. D.P.H.A. Gapor menumpang di SRK Lumba Kuda di Jalan William Tan pada 1hb Januari 1974 sehingga bulan Julai tahun 1975. Pengetua sekolah yang pertama ialah Haji Abdul Rahman bin Sahari (1974 – 1976). Pada masa itu, sekolah ini mempunyai 4 buah kelas iaitu satu Kelas Peralihan, dua kelas Tingkatan Satu, dan dua Kelas Tingkatan Dua. Pada tahun 1974, hanya terdapat 182 orang pelajar dan sebahagiannya adalah pelajar asrama. Jumlah guru pula seramai empat orang sahaja.
Pada mulanya, sekolah ini mempunyai dua cogan kata iaitu satu, terletak pada lencana sekolah (BM) yang bermaksud "BERJAYA MAJU" atau Bahasa Malaysia dan yang satu lagi secara rasmi ialah "KE ARAH KECERMELANGAN". Walau bagaimana pun, Cikgu Bedui bin Une, pengetua ke-10 sekolah ini telah membuat sedikit pindaan terhadap moto sekolah iaitu mudah, logik dan praktikal. Tema lagu sekolah pula ialah "USAHA DAN YAKIN" yang dicipta oleh En. Zainuddin Hj. Suut.
Pada tahun 1974, bilangan kelas bertambah sebanyak 4 buah lagi. 2 kelas peralihan,3 kelas Tingkatan Dua dan 1 kelas Tingkatan Tiga. Bulan April 1974 merupakan sejarah sekolah ini kerana ia telah dipindahkan dari S.R.K. Lumba Kuda ke premis baru di Jalan Tun Jugah, Stampn. Dengan itu SMK DPHA Gapor juga dikenali sebagai SMK Stampin. Sekolah ini juga merupakan sekolah pertama di Negeri Sarawak yang menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar.
Pada tahun 1975, terdapat satu kelas Tingkatan Satu dan sembilan kelas peralihan. Pada tahun 1976, kelas Tingkatan Dua hanya terdapat satu buah dan tujuh kelas Tingkatan Satu. Selain itu, terdapat 10 kelas peralihan. Pada tahun 1977, bilangan kelas menjadi 26 buah kelas. Terdapat lapan kelas peralihan, 10 kelas tingkatan satu, tujuh kelas tingkatan dua dan satu kelas tingkatan tiga. Dalam tahun 1976, kemasukan pertama pelajar integrasi dari Semenanjung Malaysia seramai 20 orang dan enam dari sabah. Program integrasi pelajar ini dianjurkan oleh Yayasan Sarawak. Kesemua mereka ialah pelajar lelaki.
Pada 18 Julai 1987, sekolah ini telah dirasmikan oleh Menteri Kewangan pada masa itu iaitu Yang Berhormat Mulia Tan sri Tengku Razaleigh Hamzah. Tahun 1986 merupakan tahun yang paling mencabar dalam sejarah perkembangan sekolah ini kerana pada tahun ini, buat julung kalinya sekolah ini telah menerima kemasukan pelajar-pelajar Tingkatan 6 Rendah Sastera ( 3 kelas ) dan pelajar-pelajar cacat pendengaran Tingkatan 3 ( kelas khas ). Justeru itu, pada tahun 1987, sekolah ini mengeluarkan calon-calon STPMnya dan SRP ( cacat pendengaran ) yang pertama. Pada masa itu, Pengetua Sekolah ini ialah Pn. Fatimah Matair.
Kelas Tingkatan 3 khas ialah kelas yang telah dipindahakan dari S.M.K. Batu Lintang bersama dengan cikgunya sekali, iaitu Cik Elizabeth dan En. Adam. Dua sebab mengapa kelas ini berpindah ke S.M.K. Stampin ialah:-
(i) S.M.K. Stampin merupakan sekolah berasrama. Kebanyakan pelajar asrama pada masa itu datang dari daerah Bau, Lundu, Serian, Tebakang, Santubong dan Bako.
(ii) S.M.K. Batu Lintang telah menubuhkan kelas khas untuk pelajar buta ( Pusat Berdekatan ) dan ia tidak dapat mengendalikan 2 kelas khas sekali gus.
Pelajar-pelajar khas ini datang dari seluruh pelusuk Negeri Sarawak. Kelas khas ini semakin bertambah kepada 5 buah pada tahun 1996. Pelajar-pelajar khas yang telah menduduki peperiksaan SRP/PMR, mereka melanjutkan pelajaran ke Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional Shah Alam, Selangor.
Selepas satu dekad lebih ( 1986-1999 ), jumlah bilik kelas semakin bertambah daripada 43 buah kelas kepada 58 buah kelas. Ini menunjukkan betapa pantasnya perkembangan sekolah ini sehingga mempunyai 2 sesi iaitu sesi pagi dan sesi petang.

Subscribe to:
Posts (Atom)